Tawaran Biasiswa Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Bagi Lepasan SPM 2017

29th January 2018 2,451 views

Saudara/i. Anda dijemput untuk memohon Biasiswa Dana Pendidikan Dr. Hamzaid (sebuah badan jariah) untuk mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) dan Bantuan Kewangan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2017 yang berminat untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringkat ijazah.

Tujuan program ini ialah ;

  • Membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris di peringkat SPM dan berminat untuk meneruskan pengajian mereka sehingga ke peringkat Ijazah.
  • Memberi Bantuan Kewangan kepada pelajar-pelajar ini, terutama dari kumpulan keluarga yang berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian mereka sehingga ke peringkat Ijazah.

Daftar Secara Online Sekarang!

Kumpulan sasaran;

  • Pelajar-pelajar lepasan SPM yang merasakan mereka adalah lemah dalam Bahasa Inggeris ( dengan pencapaian yang rendah dalam Bahasa Inggeris-SPM).
  • Pelajar-pelajar dari kumpulan keluarga yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

 

Bantuan yang akan disediakan oleh pihak Dana ialah;

  • Pelajar-pelajar ini akan dijemput untuk mengikuti program Intensif Bahasa Inggeris selama 3 bulan yang akan dijalankan di Kolej Teknologi Alpha, Seremban, Negeri Sembilan. Pihak dana akan menyediakan biasiswa penuh bagi membiayai semua perbelanjaan bagi setiap pelajar ini. Biasiswa ini akan meliputi;
    1. Menanggung semua yuran pendaftaran, pengajian dan asrama.
    2. Menyediakan wang sara diri sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia dua ratus sahaja) sebulan bagi tempoh pengajian.
  • Bantuan kewangan bagi setiap pelajar yang memerlukan bagi meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah.

 

Daftar sekarang!

Bagi mereka yang berminat dalam program anak angkat ini, sila hadir ke salah satu majlis taklimat dan temuduga yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Senarai pusat taklimat ini akan diberitahu kelak.

Daftar Secara Online Sekarang!

 

Lampiran :