Tawaran Biasiswa dan Bantuan Kewangan Untuk Mengikuti Program Ijazah

25th May 2018 2,224 views

Para lepasan STPM 2017 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa bagi menyertai Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) dan Bantuan Kewangan untuk mengikuti Program Ijazah dari Dana Pendidikan Dr. Hamzaid bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sesi 2018/2019

Nota : Bagi pelajar yang sudah terpilih bagi tawaran sesi Julai 2018, anda cuma perlu membuat pengesahan.  Tawaran ini adalah untuk pelajar-pelajar yang belum memohon.

i. Biasiswa Penuh
Biasiswa penuh bagi mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris sebagai persediaan menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

  1. Perkara-perkara yang dibiayai dari skim biasiswa ini ialah;
  2. Membayar semua yuran pendaftaran.
  3.  Membayar semua yuran pengajian.
  4.  Membayar tempat penginapan sepanjang pengajian.
  5.  Wang sara diri sebanyak RM200.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian.
  6.  Tiket penerbangan ke KLIA2 bagi pelajar dari Sabah & Sarawak

Pendaftaran masuk : 30 Jun 2018
Tempoh program : 1 Julai – 24 Ogos 2018 (2 bulan)

Jumlah nilai Biasiswa ini ialah RM 2000.00 seorang

Melalui skim biasiswa ini pelajar akan mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) secara PERCUMA SEPENUHNYA

ii. Bantuan Kewangan
Bantuan kewangan ini akan membiayai ;

  1. Semua kos pendaftaran ke program ijazah.
  2. Wang sara diri sebanyak RM250.00 sebulan sehingga pelajar mendapat wang PTPTN

Jumlah Bantuan Kewangan ini bernilai sehingga RM10,500 seorang.

Jika anda berminat, sila isi borang permohonan berikut :

[ 2 Julai 2018 – Tawaran telah ditutup ]

.