Tawaran Bantuan Kewangan Untuk Mengikuti Program Ijazah Di Bawah Dana Pendidikan Dr. Hamzaid

dr-hamzaid2

Saudara saudari,

Keputusan kemasukan ke Universiti Awam telah diumumkan pada 11.08.2015 yang lalu. Jika saudara/i berjaya, kami di Dana Pendidikan Dr. Hamzaid mengucapkan tahniah dan seterusnya mendoakan saudara/i akan terus berjaya dalam mencapai cita-cita saudara/i.

2. Walau bagaimanapun bagi mereka yang gagal meneruskan pengajian di Universiti Awam, mungkin disebabkan

  • Gagal mendapat tempat atau tidak terpilih, atau
  • Menghadapi masalah kewangan, atau
  • Mendapat program/kursus yang tidak diminati,

bukan bererti saudara/i terus gagal, jika saudara/i masih berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Dana bersetuju untuk mempertimbangkan pemberian bantuan kewangan jika saudara/i bersetuju untuk mengikuti program di peringkat Ijazah dalam salah satu daripada program berikut:

A. Program kerjasama Infrastructure University Kuala Lumpur dengan Kolej Teknologi Alpha.

Bachelor of Business Administration (Hons)
(Syarat kemasukan seperti yang terdapat dalam borang yang disertakan).
Penganugerahan Ijazah : Infrastructure University Kuala Lumpur
Tempat belajar : Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Tarikh daftar : 07 November 2015 (Sabtu)

B. Program kerjasama di antara Universiti Utara Malaysia dengan Kolej Teknologi Alpha.

a) Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian.
b) Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian.
(Syarat kemasukan seperti yang terdapat dalam borang yang disertakan)
Penganugerahan Ijazah : Universiti Utara Malaysia
Tempat belajar : Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Tarikh daftar : 12 Disember 2015 (Sabtu).

3. Bagi semua program di atas, saudara/i dikehendaki mengikuti program Intensif Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk mengikuti program Ijazah. Tempoh program ini ialah 2 bulan.

4. Pihak Dana Pendidikan akan memberi bantuan kewangan kepada saudara/i dalam membiayai program Intensif Bahasa Inggeris ini ialah dengan membiayai;

  • Semua yuran-yuran pendaftaran, pengajian dan asrama
  • Wang sara diri sebanyak RM200.00 sebulan bagi tempoh program berjalan.

5. Selepas 2 bulan tersebut, saudara/i akan mengikuti program Ijazah yang telah dipersetujui oleh saudara/i, dan pihak Dana akan meneruskan pemberian bantuan kewangan seperti berikut;

  • Membayar yuran pendaftaran,
  • Wang sara diri sebanyak RM250.00 sebulan sehingga saudara/i menerima wang PTPTN.

6. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 019-655 3477 (Dr. Hamzaid)

7. Jika saudara/i berminat untuk menerima tawaran bantuan kewangan ini, saudara/i dikehendaki mengisi Borang Pengesahan yang disertakan.

8. Jika anda telah mendaftar atau belajar di IPTA/IPTS, tawaran ini dikira TERBATAL SERTA MERTA.

 

Sekian, Terima Kasih

siggy

Dr. Hamzaid Bin Yahya (DSM)
17 Ogos 2015

 

iukl-kta

 

uum-kta

 

 

 

.