Tawaran Bantuan Kewangan untuk mengikuti program Ijazah di bawah Dana Pendidikan Dr. Hamzaid 2017

Tarikh : 26 April 2017

Saudara/i yang dikasihi,

Tawaran Bantuan Kewangan untuk mengikuti program Ijazah di bawah Dana Pendidikan Dr. Hamzaid.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Dana Pendidikan Dr. Hamzaid telah bersetuju menawarkan Bantuan Kewangan kepada saudara/i jika saudara/i bersetuju untuk mengikuti program Ijazah berikut;

i. Program kerjasama antara Kolej Teknologi Alpha dengan Universiti Utara Malaysia (UUM)

(a). Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (MQA/A7904)
Tempoh pengajian: 8 Semester Atau

(b). Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian (MQA/PA4018)
Tempoh pengajian: 8 Semester

Penganugerahan Ijazah: Universiti Utara Malaysia (UUM)
Pengajian bermula pada bulan September 2017

ii. Program kerjasama antara Kolej Teknologi Alpha dengan Infrastructure University Kuala Lumpur

– Bachelor of Business and Administration (Hons). (MQA/PA5394)
– Tempoh pengajian: 6 Semester

Penganugerahan Ijazah: Infrastructure University Kuala Lumpur
Pengajian bermula pada bulan Julai 2017.

(Semua program pengajian akan dijalankan di kampus Kolej Teknologi Alpha, Seremban)

2. Bantuan kewangan ini adalah seperti berikut;

a. Membiayai sepenuhnya Yuran Pendaftaran
b. Membiayai wang sara diri salah satu daripada skim berikut:

Skim 1 : RM 250.00 sebulan sehingga saudara/i mendapat wang PTPTN,
Atau
Skim 2 : Rm250.00 sebulan sehingga tamat pengajian, (Jumlah nilai bantuan ialah RM 9,000.00 hingga RM12,000.00), atau

Skim 3 : RM 250.00 sebulan sehingga tamat pengajian Dan semua Yuran Pengajian (Penerima Skim 3 ini akan belajar secara percuma)

(Pemberian Skim 2 atau Skim 3 adalah bergantung pada latarbelakang keluarga dan Pencapaian akademik pemohon. Jumlah nilai bantuan ialah di antara RM 39,000.00 hingga RM42,000.00)
– Sila isi dan kembalikan borang maklumat pemohon beserta dengan borang permohonan program yang disertakan dengan kadar segera.
c. Tiket penerbangan pergi dan balik dari Sabah / Sarawak ke KLIA2, sekali dalam tempoh pengajian.

3. Semua bantuan kewangan ini tidak perlu dibayar balik.

4. Tiada sebarang perjanjian yang perlu ditandatangani di antara penerima bantuan ini dengan pihak Dana.

5. Jika saudara/i bersetuju dengan tawaran Bantuan Kewangan ini, sila isi dan kembalikan borang maklumat pemohon dan borang permohonan program yang dilampirkan dengan kadar segera. Untuk makluman, bilangan Bantuan Kewangan ini adalah terhad, “siapa cepat dia dapat”.

6. Tarikh tutup penghantaran borang ialah pada 30 Jun 2017.

7. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Hamzaid (019-655 3477) atau En Hashim (019-757 4574).

Sekian, terima kasih.

Dr. Hamzaid Bin  Yahya (DSM)

MUATURUN :