Biasiswa & Bantuan Kewangan Bagi Mengikuti Program Ijazah

logo-all2

Biasiswa & Bantuan Kewangan Bagi Mengikuti Program Ijazah

Kolej Teknologi Alpha melalui Dana Pendidikan Dr Hamzaid memberikan biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang ditawarkan untuk mengikuti program ijazah seperti di bawah.

Biasiswa dan bantuan kewangan adalah seperti berikut:

  1. Biasiswa Program Intensif Bahasa Inggeris merangkumi bayaran yuran pengajian, alat tulis, dan elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan
  2. Bantuan kewangan program Ijazah merangkumi bayaran pendaftaran dan elaun sara diri sebanyak RM250 sebulan (bantuan elaun diberhentikan apabila pelajar menerima pembiayaan pengajian dari PTPTN)
  3. Bantuan tiket penerbangan ke KLIA2 (untuk pelajar Sabah dan Sarawak sahaja)

Kolej Teknologi Alpha ingin mempelawa lepasan STPM/ Matrikulasi/ Diploma untuk memohon mengikuti program Ijazah seperti berikut:

  1. Program kerjasama Universiti Utara Malaysia
    1. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
      (KP(JPS)5195/IPTS/976 (39) MQA/A7904)
    2. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
      (JPT/BPP(K)1000-600/N319( 2 ) MQA/PA4018)
  1. Program kerjasama Infrastructure University Kuala Lumpur
    1. Bachelor of Business Administration with Honours
      (JPT/BPP(K)1000-600/N319 (46) MQA/PA5394)

Pengambilan pelajar akan dibuat pada bulan November dan Disember 2016.

Pelajar-pelajar yang berminat, sila muat turun Borang Permohonan, lengkapkan dan poskan kepada:

Pendaftar
KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA
Lot 162 Jalan S2B3
Green Technology Park
70300 Seremban.

 

Tarikh tutup: 30 Oktober 2016

 

 

.