Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI)

TAWARAN BIASISWA UNTUK MENGIKUTI PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH DI IPT ANJURAN DANA PENDIDIKAN DR. HAMZAID SESI 2015

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar lepas STPM, Matrikulasi dan Diploma adalah di pelawa untuk memohon biasiswa untuk mengikuti program Intensif Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk mengikuti program Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anjuran Dana Pendidikan Dr. Hamzaid pada sesi 2015.

Matlamat

Matlamat utama program ini ialah untuk memastikan pelajar dapat menguasai dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Program akan berjalan selama 2 bulan.

Pengambilan

Pengambilan akan dibuat pada:

  • April
  • Julai
  • September
  • Disember.
Percuma!

Di bawah program biasiswa ini, pelajar akan mengikuti program ini secara PERCUMA.

Pihak Dana akan menanggung semua kos yang terlibat, iaitu;

  1. Semua yuran pendaftaran, pengajian dan asrama
  2. Membayar wang sara diri sebanyak RM200.00 sebulan bagi tempoh pengajian.
  3. Tiket penerbangan ke KLIA2 bagi pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak.

Semua biasiswa ini tidak perlu dibayar balik.

Tiada sebarang perjanjian yang perlu ditandatangani diantara penerima Biasiswa dengan pihak Dana Pendidikan Dr. Hamzaid.

Lokasi Program

Program Intensif Bahasa Inggeris ini akan dijalankan di;

Kolej Teknologi Alpha,
162, Jalan S2 B3, 73000 Seremban 2, Negeri Sembilan.

Syarat memohon;

Pemohon hendaklah;

  • Warganegara Malaysia
  • Telah menduduki peperiksaan STPM, atau Matrikulasi atau Tamat Pengajian diperingkat Diploma.
  • Mempunyai minat yang tinggi untuk melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah.

Segala pertanyaan boleh dimajukan kepada Dr. Hamzaid Yahya di talian 019-6553477.

Download Borang 2015

Pendaftaran Secara Online masih dalam proses pembangunan.