Kursus Asas Seni Kreatif 2016

Dana Pendidikan Dr. Hamzaid dengan kerjasama Sekolah Multimedia Kreatif, Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2 menawarkan peluang untuk anda mengikuti Kursus Asas Seni Kreatif 2016 (KASK). Kursus ini adalah PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh Dana Pendidikan Dr. Hamzaid.

Kursus Asas Seni Kreatif K.T.A 2016 merupakan satu agenda Sekolah Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Alpha (CREAM) ke arah pembentukan satu tradisi dan aktiviti tahunan bagi menjana kemahiran, inovasi dan kreativiti kepada para pelajar yang berminat dan cenderung untuk terlibat dalam bidang animasi dan seni kreatif di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Antara aktiviti-aktiviti Kursus Asas Seni Kreatif K.T.A 2016:-

  1. Klinik asas animasi 2D, 3D/ stop motion /seni muzik dan seni foto/video
  2. Tayangan Filem animasi
  3. Ceramah animasi oleh wakil dari industri
  4. Persembahan oleh peserta kursus

Maklumat sepenuhnya di dalam surat tawaran KASK dibawah ini.

Tawaran telah tamat