Keputusan Tawaran Biasiswa dan Kewangan sesi November & Disember 2016

Saudara/i yang dihormati,

Tawaran Biasiswa dan Bantuan Kewangan Dana Pendidikan Dr. Hamzaid.

Keputusan pengambilan pelajar di Universiti Awam (UA) oleh UPU telah diumumkan pada 08.08.2016 yang lalu. Kepada pelajar-pelajar yang mendapat tempat di Universiti Awam, saya ucapkan TAHNIAH dan saya doakan saudara/i akan terus maju.

2. Walau bagaimanapun saya yakin ada di antara pelajar yang BERJAYA mendapat tempat di Universiti Awam tetapi gagal untuk mendaftar pada 28.08.2016 yang lalu. Ini kerana;

  • a. Menghadapi masalah kewangan atau
  • b. Mendapat program yang tidak diminati.

3. Saya juga yakin, ramai di antara saudara/i walaupun memenuhi syarat untuk meneruskan pengajian di Universiti Awam tetapi tidak mendapat tempat dan saudara/i pasti merasa kecewa. Disebabkan itu, kami dari pihak Dana Pendidikan Dr. Hamzaid memahami keadaan dan kekecewaan yang saudara/i alami.

4. Kepada saudara/i yang gagal meneruskan pengajian di Universiti Awam dan masih berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah, pihak Dana Pendidikan Dr Hamzaid bersedia membantu saudara/i dengan menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan kepada saudara/i bagi membolehkan saudara/i meneruskan pengajian di peringkat Ijazah.

Tawaran telah tamat. Harap maklum