Showcase Sempena Kunjungan dari SMK Taman Mutiara Rini, Johor Bharu

Pada 26 Mei 2016, Pihak Dana Pendidikan Dr. Hamzaid telah menerima kunjungan delegasi dari SMK Taman Mutiara Rini, Johor Bharu, Johor.

Para delegasi yang terdiri daripada guru sekolah dan para pelajar tingkatan 6 telah disambut mesra oleh pihak dana, pihak Kolej Teknologi Alpha dan juga para peserta program Intensif Bahasa Inggeris sesi Mei yang sedang berlangsung pada saat ini.

Para delegasi berada di sini selama 2 hari 1 malam, dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat berkenaan dana pendidikan, program IBI dan turut menyaksikan persembahan dari para peserta yang hebat-hebat belaka.