Showcase IBI untuk JPNJ & Majlis Perhubungan Pengetua Ting. 6 Johor

Pada 10 September 2015 lalu, pihak program Intensif Bahasa Inggeris Dana Pendidikan Dr. Hamzaid telah menyambut kehadiran kira-kira 40 orang delegasi tetamu dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan juga dari Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan 6 Negeri Johor.

Sepanjang hari tersebut, sejak awal pagi hingga ke lewat malam, pelbagai acara telah dijalankan bermula dengan sesi taklimat, persembahan dari peserta program IBI hingga ke majlis makan malam dan penutup.

Para guru dan pengetua juga turut menyaksikan ramai penglibatan bekas pelajar mereka dahulu membuat persembahan-persembahan seperti Ice Breaking, Drama, IBI Idol, Narrative Speech, Dikir barat dan banyak lagi. Tentunya kesemua program itu adalah dalam Bahasa Inggeris!. Kita biarkan gambar berbicara.