Pendaftaran Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) sesi Mei 2015

Pada Sabtu, 9 Mei 2015, di perkarangan Kolej Teknologi Alpha Seremban 2, Negeri Sembilan penuh meriah dengan kehadiran para ibu bapa dan penjaga bagi mendaftarkan anak atau adik beradik yang menjadi peserta program ini. Program Intensif Bahasa Inggeris atau singkatannya IBI adalah merupakan program percuma ditawarkan oleh Dana Pendidikan Dr. Hamzaid sejak beberapa tahun lalu. Kehadiran para peserta dari seluruh Malaysia ini menyaksikan bilangan penyertaan yang bertambah dari masa kesemasa.