Pendaftaran Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Sesi Julai 2015

25 Julai 2015. Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Sepanjang sehari tersebut, 500 lebih peserta yang datang dari seluruh negara telah mendaftar. Pada malam sebelum hari pendaftaran sahaja sudah 100 lebih peserta dari Sabah & Sarawak telah disambut di KLIA2 bermula dari jam 4 petang hinggalah ke jam 4 pagi.

Kaunter pendaftaran bermula seawal jam 9 pagi hingga ke jam 3 petang. Diselangi dengan 2 sesi taklimat untuk ibubapa dari Dr. Hamzaid & Cikgu Hashim Haron (COO) yang bermula jam 11 pagi (sesi 1) dan jam 2 petang (sesi 2). Selesai taklimat para ibu bapa dijamu makan tengahari, ini sudah menjadi ‘trademark’ atau kelaziman bagi hari pendaftaran di program ini sebagai simbolik melayani tetamu.

Apatah lagi rata-rata yang hadir adalah dari jauh, ada yang seawal subuh memandu datang ke kolej sesekeluarga. Ada juga yang bergerak datang sejak petang hari sebelumnya terutamanya yang datang dari utara & pantai timur Malaysia!.

Harapan kami semoga layanan-layanan dari para petugas yang terdiri daripada Pihak pengurusan Dana Pendidikan Dr. Hamzaid & Pengurusan Program IBI, Kakitangan Kolej Teknologi Alpha, Para Mentor dan para pelajar senior kolej mampu memuaskan hati semua pihak.

Seterusnya, kita biarkan pula gambar berbicara.