Pendaftaran Program IBI / IEP sesi Julai 2016

Sabtu, 16 Julai 2016. Hari pendaftaran masuk ke program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) atau English Intensive Program (IEP) berjalan lancar bermula seawal jam 8.30 pagi. Menyaksikan para pelajar dan ibu bapa yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia.

Sebahagian pelajar juga telah sampai pada hari sebelumnya atau pada sebelah malam terutamanya para pelajar dari kepulauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak ke KLIA2. Selamat datang diucapkan kepada para peserta. Semoga anda mendapat manfaat, ilmu dan pengalaman yang baik dalam program ini yang berjalan selama 2 bulan.