Narrative Speech IBI sesi Disember 2015

26 dan 27 Januari 2016, selama 2 hari IBI Narrative Speech bagi sesi kemasukan Disember 2015 menyaksikan para peserta yang berjaya ke peringkat akhir bagi setiap kumpulan membuat persembahan masing-masing. Seperti kebiasaan, para peserta akan membuat persembahan berdasarkan kisah-kisah dari pengalaman mereka sendiri samada kisah gembira, kenangan pahit dan manis mahupun yang menakutkan dan sebagainya.

Kadang-kadang, kami turut bergelak ketawa kerana kisah-kisah yang kelakar dan lucu, tapi ada masanya juga kami menyaksikan aliran air mata dari para penyampai bahkan para penonton juga turut mengalirkan air mata diatas kisah-kisah sedih berkaitan diri si penyampai. Kami biarkan gambar yang bercerita.