Majlis Penutupan IBI Sesi Julai 2017

Majlis Penutupan bagi IBI Sesi Julai 2017 berlangsung pada 24 Ogos 2017. Beberapa persembahan dijalankan terutamanya oleh para pemenang-pemenang konsert yang telah dijalankan. Diselang-selikan dengan penyampaian sijil dan anugerah.

Para peserta juga mendengar ucapan Dr. Hamzaid Yahya, kemudiannya diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan dan ucapan selamat tinggal sesama para peserta. Sebahagian meneruskan pengajian di Kolej Teknologi Alpha, sebahagiannya pula memilih hala tuju masing-masing. Tahniah kepada semua, selamat berjaya walau apa pun pilihan anda!