Majlis Penutupan IBI Julai 2016

Selepas berada selama hampir 2 bulan di dalam program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) atau Intensive English Program (IEP) tajaan Dana Pendidikan Dr. Hamzaid, akhirnya pada 27 Ogos 2016 berakhirlah sudah program mereka.

Sebahagian mereka membuat persembahan terakhir mereka pada hari tersebut. Turut menyampaikan ucapan ialah Dr. Hamzaid sendiri, seterusnya penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan antara peserta, mentor, guru-guru mereka dan pihak Dana Pendidikan Dr. Hamzaid tentunya.

.