Majlis Penutup IBI sesi Mei 2016

24 Jun 2016. Selepas kira-kira hampir 2 bulan para peserta kursus Intensif Bahasa Inggeris (IBI) atau Intensive English Program (IEP). Pada majlis penutupan ini, para peserta disajikan dengan pelbagai persembahan dari pasukan-pasukan dan individu yang telah menjadi juara bagi sesi-sesi konsert.  Seterusnya majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan program.

Kemudian para peserta mendengar ucapan dan visi dari Dr. Hamzaid sendiri dan ucapan rasmi penutup. Seterusnya majlis diakhiri dengan salam bermaafan antara para peserta dengan mentor, guru, pengurusan IBI dan sesama para peserta sendiri.

Tahniah kerana telah berjaya menamatkan program intensif ini, juga teruskan pembelajaran anda ke peringkat tertinggi!