MOA Kolej Teknologi Alpha & Infrastructure University Kuala Lumpur

Rabu 17 Jun 2015. Para peserta program IBI sesi Mei 2015 ini telah menyaksikan 1 detik bersejarah dimana pada hari ini berlakunya Majlis Menandatangai Perjanjian (Memorandum of Agreement) di antara Kolej Teknologi Alpha (KTA) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Perjanjian ditandatangani oleh Dr Hamzaid Yahya (CEO KTA) dan Professor Dr. Roslan Zainal Abidin  (President & Vice Councellor IUKL).

Sepertimana yang diketahui, program IBI ini dijalankan di Kolej Teknologi Alpha. MOA ini adalah bagi membolehkan KTA menjalankan program Bachelor of Business Administration (BBA) dari IUKL.

KTA dalam tempoh beberapa tahun ini berjaya menghasilkan ramai pelajar BBA berkualiti dan berkebolehan tinggi bukan saja dari sudut akademik, tetapi juga kemampuan ‘soft skill’  dan ‘leadership’ yang dibina dari mula belajar di sini.