Konsert IBI Idol sesi November + Disember (UUM) 2016

29 Disember 2016 – Konsert IBI Idol menyaksikan para finalis berentap di peringkat akhir. Sesi pengambilan IBI bagi hujung tahun ini merupakan jumlah yang kecil (kira-kira 50 orang), dan program ini dijalankan khusus untuk para pelajar yang terus menyambungkan pengajian peringkat ijazah di Kolej Teknologi Alpha bagi program BBA IUKL atau BBA / BCOMM UUM seperti yang ditawarkan oleh Dana Pendidikan Dr. Hamzaid juga Kolej Teknologi Alpha sejak pertengahan 2016.

Oleh kerana kedua-dua pengambilan IBI sesi ini adalah kecil, jadi pertandingan IBI Idol telah digabungkan menjadi satu, supaya persaingan menjadi lebih sengit. Ya! Banyak bakat-bakat yang hebat walaupun ada antara mereka tidak pernah pun menyertai mana-mana acara nyanyian!.  Program IBI ini bukan sahaja semata-mata untuk Bahasa Inggeris, tetapi ia juga menambah keyakinan diri, mencungkil bakat dan menggilap potensi!