Konsert Dikir Barat & Majlis Penutupan IBI sesi November 2017

10th January 2018 1,201 views 328 photos

29 Disember 2017 menyaksikan IBI November 2017 menutup tirainya. Konsert Dikir Barat mengambil tempat, kemudian diikuti dengan Majlis Penutupan IBI November 2017. Setelah 2 bulan para peserta terlibat di dalam program ini, pelbagai kisah dan pengalaman yang mereka dapati. Namun yang paling penting ialah sebahagian besar mereka sudah berjaya menaiktaraf kebolehan berbahasa Inggeris. Kami juga pasti ramai para peserta juga kini lebih yakin diri dan mandiri!

Sebahagian para peserta akan menyambung Program Ijazah di Kolej Teknologi Alpha iaitu rakan kerjasama pihak Dana Pendidikan Dr. Hamzaid. Manakala sebahagiannya pula akan mengikut langkah dan haluan masing-masing. Apa-apa pun, sesuai dengan harapan Dr. Hamzaid Yahya, yang paling penting ialah teruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi demi masa depan yang lebih cemerlang, jangan di sia-siakan pengalaman dan usaha ini.

Jangan berpatah balik ke belakang seperti terus masuk bekerja di sektor-sektor bawahan yang tidak menjanjikan hidup selesa di masa hadapan, sebaliknya sasarkan pada tahap hidup yang lebih tingi, kerana kamu semua layak dan hebat-hebat belaka. Belajarlah! Untuk masa depan yang jauh lebih baik!