Konsert Dikir Barat & Closing Ceremony IBI Julai 2015 (sesi 3)

9 September 2015,hari terakhir Konsert IBI Dikir Barat yang berlangsung selama 3 hari. Majlis dimulakan dengan konsert persembahan dikir barat, setiap kumpulan bersaing sesama mereka membuat persembahan terbaik. Seterusnya para pemenang meraikan hadiah kemenangan masing-masing.

Majlis Penutup (Closing Ceremony) berlangsung selepas itu dengan ucapan dari Dr Hamzaid, disusuli dengan penyampaian sijil penyertaan program IBI dan anugerah-anugerah lainnya. Majlis juga diakhiri dengan salam perpisahan seperti sesi-sesi sebelumnya.

Sebahagian peserta akan meneruskan pengajian di Kolej Teknologi Alpha, sebahagiannya pula  meneruskan pengajian di IPTA di mana mereka ditawarkan juga IPTS pilihan masing-masing. Semoga satu hari nanti kita bersua kembali. Syabas! dan selamat berjaya diucapkan.