Konsert 2 & Penutup – Kursus Asas Seni Kreatif sesi pertama 2016

Setelah kira-kira hampir sebulan, pada 20 Oktober 2016 berakhirlah sudah Kursus Asas Seni Kreatif yang buat julung-julung kalinya diadakan. Kursus ini adalah hasil kerjasama Dana Pendidikan Dr. Hamzaid dengan Sekolah Multimedia Kreatif, Kolej Teknologi Alpha Seremban 2.

Kursus ini yang merangkumi kemahiran asas fotografi, videografi dan juga sedikit asas membuat animasi 2D. Nantikan lagi tawaran ini pada tahun hadapan. InsyaAllah.