Konsert 1 – Kursus Asas Seni Kreatif sesi pertama

14 Oktober 2016 – Kursus Asas Seni Kreatif (KASK) adalah program yang julung-julung kali diadakan khusus kepada para pelajar yang berminat dengan dunia kreatif dan ingin menyambung pelajaran dalam bidang tersebut. Dana Pendidikan Dr. Hamzaid baru-baru ini telah bekerjasama dengan Diploma Animasi Kolej Teknologi Alpha bagi menjayakan kursus tersebut.

Konsert pertama ini merupakan pengenalan setiap peserta dan kumpulan, juga menunjukkan hasil kerja animasi ‘stop motion’ yang mereka pelajari dalam beberapa minggu yang mana melibatkan fotografi, ‘sculpture’ dan proses ‘editing’ bagi menghasilkan video dan audio.

Nantikan lagi tawaran ini dimasa akan datang.