Ketibaan Peserta Dari Borneo Bagi IBI Sesi April 2018

9th April 2018 482 views 56 photos

31 Mac 2018, pihak Dana Pendidikan Dr Hamzaid bersama kakitangan dari Kolej Teknologi Alpha (lokasi program) telah menjemput para peserta dari Borneo. Kehadiran kali ini adalah begitu ramai sehingga mencecah 50 orang! Beberapa siri penerbangan dari pelbagai lokasi dari Sabah dan Sarawak selamat tiba ke KLIA2 bermula jam 9 malam sehinggalah ke penerbangan terakhir pada jam 1 pagi.

Para peserta program telah disambut oleh para mentor mereka yang merupakan pelajar-pelajar kolej yang berasal dari Borneo. Sebaik sahaja para peserta sampai di Balai Ketibaan KLIA 2, mereka dikumpulkan dahulu ke satu tempat, mereka juga diminta menghubungi keluarga masing-masing untuk memberitahu mereka selamat tiba. Sementara menunggu keseluruhan peserta sampai, mereka yang tiba awal diberikan sedikit elaun untuk mencari makanan di ‘food court’ KLIA2.

Seterusnya peserta-peserta menaiki pengangkutan van dan bas yang disediakan menuju ke Seremban 2.

Selamat datang semua!