Ketibaan pelajar dari Borneo untuk IBI sesi November 2017

3 November 2017, Lapangan Terbang KLIA 2 menyaksikan ketibaan sebilangan 14 orang para peserta program Intensif Bahasa Inggeris (IBI / IEP) dari Sabah dan Sarawak. Penerbangan tiba dari beberapa lokasi, kemudiannya para pelajar berkumpul di balai ketibaan sehingga kesemuanya selamat tiba. Para peserta seterusnya diminta menghubungi keluarga masing-masing untuk memaklumkan mereka selamat tiba.
 
Para pelajar disambut oleh para mentor mereka yang merupakan pelajar senior di Kolej Teknologi Alpha tempat di mana program IBI dijalankan. Kesemua mentor juga adalah berasal dari Borneo untuk memudahkan pengurusan bahkan lebih mesra.
 
Seterusnya sekitar jam 2 pagi, kesemua pelajar menaiki pengankutan yang disediakan, dibawa pergi makan minum terlebih dahulu sebelum di bawa ke kolej. Para pelajar ini akan mengikuti sesi pendaftaran pada esok pagi (4hb) dan akan mengikuti program IBI selama 2 bulan yang dijangka tamat pada awal bulan 1.
 
Untuk makluman, kesemua tiket penerbangan dan program IBI ini dibiayai sepenuhnya oleh Dana Pendidikan Dr. Hamzaid.