Ketibaan para peserta IBI dari Borneo sesi Julai 2015 di KLIA2

Pada malam 24 Julai 2015, KLIA2. Lebih 100 orang peserta dari Sabah dan Sarawak yang diiringi oleh para mentor senior dari lapangan terbang  daerah masing-masing telah tiba di KLIA2. Berbeza sebelum ini para mentor cuma menyambut di KLIA2, kali ini kebetulan dengan ramai mentor yang turut bercuti semester (mentor-mentor adalah para pelajar senior di Kolej Teknologi Alpha), jadi mereka pulang bersama para peserta IBI.

Jadual agak sedikit lari dari perancangan kerana hampir keseluruhan penerbangan lewat (delay). Ini adalah kerana keadaan cuaca yang agak kurang baik pada hari tersebut. Setibanya para pelajar dari sana, mereka dikumpulkan dahulu setempat, dan bertolak ke kolej secara berkumpulan.

Para peserta dibawa ke kolej dengan 3 buah bas dan van kolej. Bermula dari ketibaan penerbangan terawal jam 6 petang hinggalah ke ketibaan penerbangan terakhir kira-kira jam 2.30 pagi. Tahniah kepada para petugas, mentor, kakitangan bahkan Dr. Hamzaid sendiri yang masih menunggu di kolej pada jam hampir 4 pagi.