IBI Idol Peringkat Akhir sesi Julai 2015

Selepas beberapa saringan dari ratusan orang peserta yang mencuba nasib. Akhirnya pada 26 Ogos 2015, di atas pentas, di perkarangan Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2 telah berlangsung acara IBI Idol peringkat akhir. 15 orang finalis berentap mempersembahkan nyanyian dan persembahan terbaik masing-masing. Oh! acara akhir ini juga turut diadili oleh komposer terkenal tanah air, iaitu En. S. Atan, yang mana beliau juga merupakan tenaga pengajar di Kolej Teknologi Alpha.