Hari Pendaftaran Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Sesi Kemasukan Julai 2018

17th July 2018 1,097 views 273 photos

30 Julai 2018, seawal jam 8 pagi bertempat di Kolej Teknologi Alpha Seremban 2, para peserta program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) mendaftarkan diri ditemani ahli keluarga masing-masing. Selesai pendaftaran, para peserta akan diserahkan kepada para mentor masing-masing kemudiannya dibawa ke lokasi penginapan yang disediakan.

Ibu bapa atau penjaga peserta kemudiannya akan mengikuti taklimat program selama kira-kira 2 atau 3 jam yang disampaikan oleh Dr. Hamzaid dan juga pengurus program En. Hashim Haron. Ini adalah bagi menjelaskan perihal program, visi, tujuan, sasaran, misi program dan banyak lagi.

Sesi pendaftaran program berakhir dengan jamuan makan tengahari.