Hari Pendaftaran Program IBI sesi Disember 2015

12 Disember 2015, berlangsung hari pendaftaran masuk ke Program IBI sesi Disember 2015. Pada hari tersebut juga berlangsung pendaftaran masuk pelajar program BBA UUM-KTA ke Kolej Teknologi Alpha, iaitu tempat dimana Program IBI dijalankan.  Para peserta kedua-dua pendaftaran ini akan bergabung dalam sesi program IBI yang sama.

Para peserta dan keluarga masing-masing sudah mula membanjiri kolej sejak awal-awal pagi lagi. Dianggarkan sekitar seramai 2000 lebih ibu bapa dan peserta yang hadir menjadikan kawasan ini agak sesak dan sibuk. Sesi taklimat dijalankan sebanyak 3 sesi di 2 tempat berlainan.

Selamat datang kepada semua peserta! Semoga anda tabah dan bertekad tinggi selama mengikuti program ini selama 2 bulan yang sangat mencabar.  Selamat berjaya!