Hari Pendaftaran IBI Sesi November 2017

Sabtu 4 November 2017, Kolej Teknologi Alpha Seremban 2, Negeri Sembilan. Hari pendaftaran program IBI sesi November 2017 berjalan lancar. Seperti kelazimannya, pengambilan pada penghujung tahun bilangannya adalah kecil.

Dr. Hamzaid kemudiannya menyampaikan taklimat kepada peserta dan ibu bapa mereka bermula jam 10 pagi, disusuli dengan En Hashim Haron yang merupakan Pengurus Program IBI. Selesai taklimat, para peserta dan keluarga diperkenalkan dengan para pegawai dan mentor masing-masing. Sekitar jam 12.30 tengahari, jamuan makan mengakhiri acara.

Apa-apa pun tahniah kepada para peserta yang mendaftar kerana anda masih ada niat untuk memajukan diri anda demi masa depan masing-masing!