Hari Pendaftaran IBI Sesi Februari 2016

Pada Sabtu, 13 Februari 2016, berlangsung hari pendaftaran masuk ke Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI/IEP) di Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2. Sesi pendaftaran bermula dari awal pagi hingga ke lewat petang melibatkan para ibu bapa dan peserta dari seluruh Malaysia.

Ibu bapa para peserta seterusnya akan mengikuti sesi taklimat oleh Dr. Hamzaid sendiri dan En. Hashim Haron iaitu pengurus program ini. Selesai sesi taklimat tersebut para peserta dan keluarga masing-masing menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan.

Terima kasih buat para pelajar dan mentor dan juga kakitangan kolej yang membantu sepanjang hari pendaftaran, selamat datang kita ucapkan kepada para peserta IBI sesi Disember 2016!