Hari Pendaftaran IBI (KTA-UUM) Disember 2016

10 Disember 2016, Hari Pendaftaran masuk ke program IBI + KTA-UUM. Para peserta sesi ini adalah merupakan para pelajar yang akan terus menyambung pengajian mereka di Kolej Teknologi Alpha bagi program ijazah BBA KTA-UUM.

Mereka perlu mendaftar 2 bulan lebih awal dari tarikh memulakan pengajian. Setiap mereka telah mengikuti program Intensif Bahasa Inggeris ini bagi menambah baik kemampuan berbahasa Inggeris mereka demi mengikuti program ijazah.

Kira-kira 50 orang pelajar telah mendaftarkan diri bagi sesi khusus ini. Para ibu bapa dan pelajar juga telah mengikuti sesi taklimat daripada Dr. Hamzaid dan En. Hashim Haron kemudiannya berakhir dengan jamuan makan tengahari.