Grandeur Dikir Fest & Majlis Perpisahan IBI Februari 2016

20th April 2016 2,282 views 360 photos

7 April 2016, Grandeur Dikir Fest mengambil tempat. Kumpulan yang menjadi juara bagi setiap pasukan masing-masing akan mendapat tiket ke peringkat Grandeur Dikir Fest. Mereka akan berentap bertanding dengan juara kumpulan masing-masing. Juara segala juara.

Selesai pembahagian hadiah bagi pemenang dikir barat, majlis penutupan dan perpisahan pula mengambil tempat. Turut mengisi acara ialah ucapan dari Dr. Hamzaid sendiri dan seterusnya diakhiri dengan sesi bermaafan antara para peserta dengan mentor, guru, dan pihak IBI tentunya. Selamat meneruskan kehidupan masing-masing dan tahniah, kerana anda adalah seorang pejuang yang berjaya menamatkan program Intensif Bahasa Inggeris ini!.