Grandeur Dikir Fest & Majlis Penutup IBI sesi Disember 2015

4 Februari 2016, Grandeur Dikir Fest mengambil tempat pada malam tersebut di perkarangan Kolej Teknologi Alpha, tempat di mana kursus Intensif Bahasa Inggeris yang sudah berjalan selama 2 bulan. Para pemenang atau juara dikir barat dari setiap kumpulan akan berentap di peringkat akhir pada malam tersebut, dan juara dari juara dinobatkan.

Selesai Grandeur Dikir Fest, majlis penutup bagi Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI / IEP) pula mengambil tempat. Ucapan dari Dr. Hamzaid mengambil tempat kemudiannya diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan sesama peserta, mentor, para kakitangan kolej dan pihak pengurusan Dana Pendidikan Dr. Hamzaid.