Dikir Barat Concert & Closing Ceremony IBI Sesi Disember 2017

14th February 2018 1,579 views 384 photos

30 Januari 2018, para peserta program IBI sesi Disember 2017 telah sampai ke penghujungnya. Sesi yang paling kecil bagi tahun 2017. 2 kumpulan membuat persembahan dikir barat bersaing sesama mereka, seterusnya yang terbaik akan menjadi juara. Majlis juga diteruskan dengan acara penutupan sesi. Anugerah dan sijil disampaikan pada sesi ini, diselang-selikan dengan persembahan dan ucapan. Majlis berakhir dengan sesi bermaaf-maafan dengan pihak pengurusan IBI, mentor-mentor dan sesama rakan peserta. Terima kasih dan selamat maju jaya buat semua peserta!