Dana Pendidikan Dr Hamzaid Menyambut Ketibaan Peserta IBI Julai 2018 Dari Borneo

16th July 2018 423 views 82 photos

Pada Jumaat malam 29 Jun 2018, para peserta dari dari Borneo, Sabah dan Sarawak telah sampai ke Lapangan Terbang KLIA2. Sejumlah lebih 30 orang peserta diterbangkan dari Borneo dengan menaiki penerbangan tiba di antara jam 9.30 malam sehinggalah penerbangan terakhir sekitar jam 12.30 tengah malam dari pelbagai lokasi berbeza. Penerbangan bagi peserta terpilih ini ditaja penuh oleh Dana Pendidikan Dr. Hamzaid.

Ketibaan para peserta ini telah disambut oleh petugas pihak dana yang kebiasaannya adalah bakal mentor mereka apabila mereka mengikuti program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) ini nanti. Para petugas yang dipilih oleh pihak dana biasanya adalah para pelajar di Kolej Teknologi Alpha yang juga berasal dari Sabah dan Sarawak demi memberikan situasi lebih mesra dalam masa yang sama memudahkan komunikasi di antara mereka. Para peserta seterusnya dibawa menaiki bas ke lokasi program ini dijalankan iaitu di Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2.

Selamat datang ke keluarga IBI!