Closing Ceremony IBI Sesi April 2018

13th July 2018 1,528 views 643 photos

29 Jun 2018, berlangsungnya Closing Ceremony, atau Majlis Penutup bagi program Intensif Bahasa Inggeris (IBI) bagi peserta kemasukan sesi April 2018. Para peserta telah mengikuti program ini hampir 3 bulan yang bermula pada 1 April 2018, iaitu antara sesi terpanjang setakat ini. Ini adalah kerana para peserta melalui bulan Ramadhan dan seterusnya bercuti panjang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum program disambung semula selepas itu.

Seperti kelaziman, majlis penutup bagi setiap sesi program menyaksikan beberapa persembahan, diikuti dengan ucapan dari pengasas Dana Pendidikan Dr. Hamzaid, iaitu Dr. Hamzaid sendiri. Seterusnya dituruti dengan penganugerahan sijil-sijil kecemerlangan dan juga sijil bagi kategori-kategori tertentu kepada para peserta dan tentunya sijil tamat program.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan lagu tema program, “One Moment In Time”. Sesi bermaaf-maafan mengambil tempat antara pelajar dengan ke semua para pegawai program IBI, para mentor, para ‘teacher’ atau guru Bahasa Inggeris mereka dan sesama peserta masing-masing.

Terima kasih kerana menyertai program ini dan harapan kami, jangan di sia-siakan peluang dan kebolehan yang telah dikurniakan kepada anda. Harapan paling besar Dr. Hamzaid juga ialah semoga anda semua terus melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi kerana anda semua sudah kami nilaikan layak dan boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah tidak kisahlah dimana pilihan anda tetapi pastikan pengajian dipilih mempunyai peluang kerja yang luas.

Sekiranya anda tidak meneruskan pengajian atau sekadar terus mencari pekerjaan selepas ini, ia adalah satu kerugian bagi pihak kami bahkan satu kerugian besar bagi peserta sendiri kerana anda sebenarnya mempunyai peluang masa depan yang jauh lebih baik.

Manfaatkan peluang!

 

Kredit Gambar : Siti Nur Azizah