Closing Ceremony IBI Julai 2018

4th September 2018 1,411 views 531 photos

17 Ogos 2018, perjalanan para peserta program Intensif bahasa Inggeris (IBI) sesi kemasukan Julai 2018 sudah sampai ke penghujungnya. 2 bulan berlalu tanpa disedari, semoga para peserta mendapat manfaat yang besar dari program ini. Para peserta hari ini menerima penganugerahan sijil program dan pelbagai anugerah lainnya.

Apa-apa pun, harapan yang paling besar dari pihak kami Dana Pendidikan Dr. Hamzaid ialah, teruskan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah. Sekiranya anda tidak menyambung pengajian ke peringkat ijazah, maka anda akan mencari pekerjaan setaraf pemegang sijil SPM sahaja dan telah mensia-siakan tempoh 2 tahun pengajian bagi STPM kerana tiada tangga gaji kerja bagi pemegang sijil STPM setakat ini, ini adalah perkara yang selalu dijelaskan oleh Abah, Dr. Hamzaid Yahya.

Selain itu, sesuai dengan hasrat utama Dr. Hamzaid Yahya juga, program ini diwujudkan untuk memberikan para peserta kebolehan yang lebih baik dalam Bahasa Inggeris bagi menyambung pengajian peringkat ijazah. Jika tidak, maka anda bukan sahaja mengecewakan harapan beliau, bahkan anda juga secara tidak sedar telah mensia-siakan peluang anda sendiri bagi mendapatkan masa depan yang lebih baik!

Tidak kisahlah, anda menyambung pengajian di institusi mana sekalipun, asalkan anda menyambung pengajian kerana sejak dulu Dana Pendidikan Dr. Hamzaid tidak pernah memaksa anda ke institusi tertentu,  jauh sekali mengikat anda dengan sebarang kontrak! Ingat! JANGAN TIDAK SAMBUNG PENGAJIAN!