Latihan 1 - 6 Ekonomi STPM Sesi 2009

August 8th, 2009

Set soalan dan jawapan latihan 1 - 6 bagi matapelajaran Ekonomi untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM 2009 telah dimuat-naikkan di laman web DrHamzaid.com

Sila login untuk memuat-turunkan set-set soalan dan jawapan berkenaan.

Selamat mengulangkaji.

Teori Firma

June 17th, 2009

Penyelesaian Masalah Asas Pertama; Apa Dan Berapa Banyak Barang Akan Dikeluarkan Oleh Ekonomi.

Tumpuan harus diberi kepada 3 jenis pasaran;

  • firma di pasaran persaingan sempurna
  • firma di pasaran monopoli
  • firma di pasaran persaingan bermonopoli.

A.   pasaran persaingan sempurna

Penerangan kepada firma di bawah pasaran persaingan sempurna mestilah dengan mengaitkan contoh sebenar dalam Negara kita. Contoh yang jelas bagi firma di bawah pasaran persaingan sempurna ini ialah;

  1. petani padi
  2. petani getah
  3. petani kelapa sawit
  4. petani sayor, dsb.

Di sini setiap petani adalah independent dengan petani-petani yang lain, dan kemudian kita lihat ciri-ciri petani ini, diantarannya ialah;

  1. saiz yang kecil
  2. bilangan yang banyak
  3. keluaran yang homogonues
  4. keluaran yang saling pengganti yang sempurna
  5. tindakan yang bebas – masuk dan keluar
  6. pengambil harga dan tidak boleh mempengaruhi harga.

Rajah adalah penting.

B.  monopoli

Contoh: Perkhidmatan keretapi - KTMB

Ciri-ciri;

  1. satu firma
  2. jenis keluaran/barang satu sahaja dan tiada pengganti
  3. oleh sebab satu firma sahaja dalam pasaran itu, maka keluk permintaan industri adalah merupakan juga keluk permintaan firma.
  4. Tiada kebebasan keluar dan masuk ke dalam industri –

Halangan ini adalah dalam bentuk;

  • undang-undang
  • modal
  • kepakaran

Keterangan rajah adalah penting – jangka pendek dan jangka panjang.

C.  Pasaran persaingan bermonopoli

Contoh: dalam indsutri minyak – Shell, Petronas, BHP, Cultex, Esso

Telephon - TM, Maxis, Digi

Ciri-ciri:

  1. bilangan yang banyak (lebih dari 1, tetapi lebih rendah daripada pps)
  2. saiz yang besar (berbanding dengan firma di pps)
  3. keluaran berbeza sedikit (sekurang-kurang dalam pengetahuan pengguna)
  4. keluaran adalah merupakan pengganti yang rapat.
  5. keluk permintaan firma mencerun ke bawah dari kiri ke kanan (tetapi lebih landai berbanding dengan monopoli)
  6. wujud aktiviti pengiklanan.

Rajah adalah penting.

Teori Kos Dan Pengeluaran

April 30th, 2009

Penyelesaian Masalah Asas Pertama; Apa Dan Berapa Banyak Barang Akan Dikeluarkan Oleh Ekonomi.

Pendekatan yang dicadangkan ialah

 

i.  bawa pelajar ke kilang untuk melihat beberapa mesin keluaran yang terdapat dalam kilang. Contoh kilang percitakan,

 

  • mesin 1
  • mesin 2
  • mesin 3 dsb.

Setiap mesin ini adalah melambangkan satu logi dan satu keluk kos purata bagi firma tersebut.

 

ii.  kaitkan setiap mesin keluaran tersebut dengan kos dan jumlah keluaran (hasil keluaran)

iii.  Dapat ditunjukkan juga apa yang dimaksudkan dengan

  • kos berubah
  • kos tetap

 

iv.  daripada jumlah kos-kos ini dapatkan juga;

  • kos berubah purata
  • kos tetap purata
  • jumlah kos purata atau kos purata

(libatkan pelajar dalam pengiraan kos-kos ini)

 

Perbincangan seterusnya: Teori Firma

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran.

April 17th, 2009

Penyelesaian Masalah Asas Pertama; Apa Dan Berapa Banyak Barang Akan Dikeluarkan Oleh Ekonomi.

Permintaan

 

i. Harga barang itu

ii. Harga barang lain

iii. Pendapatan

iv. Citarasa

v. Penduduk

vi. Iklim

vii. Jangka harga masa depan

 

Faktor-faktor di atas akan mempengaruhi jumlah barang yang dikeluarkan.

 

- Keanjalan permintaan:

i. keanjalan permintaan harga; menentukan saiz perubahan kuantiti barang yang diminta.

ii. keanjalan permintaan silang: menentukan dua barang itu adalah

  • barang penggenap
  • barang pengganti.

iii. keanjalan permintaan pendapatan: menentukan jenis barang tersebut

  • barang mesti
  • barang mewah
  • barang biasa

 

Penawaran

 

i. harga barang itu

ii. harga barang lain

iii. kos input

iv. matlamat pengeluar

v. tingkat teknologi

vi. dasar kerajaan

vii. jangkaan harga masa hadapan

viii. bilangan pengeluar

 

 

Keanjalan penawaran: Keanjalan penawaran harga;

 

i. anjal Es > 1

ii. anjal 1 Es = 1

iii. tidak anjal Es < 1

iv. Anjal sempurna Es = infiniti

v. Tidak anjal sempurna Es = 0

 

Hukum utiliti sut berkurangan.

 

Kaitkan hukum ini dengan kelakuan mereka selepas main bola.

 

Berdasarkan kepada rajah di atas, kita boleh buktikan bahawa kelakuan manusia akan menghasilkan keluk permintaan dengan berdasarkan kepada hukum utiliti sut berkurangan.

 

Keseimbangan pengguna bagi satu barang ialah;

 

Utiliti sut = Harga

 

Keseimbangan pengguna bagi lebih dari satu barang,

 

i. Utiliti sut A = Utiliti sut B = …… Utiliti sut N

Harga A Harga B Harga N

ii. Pa.Qa + Pb.Qb + …. + Pn.Qn = M

 

Perbincangan seterusnya: Teori Kos Dan Pengeluaran

Keseimbangan Pasaran

March 30th, 2009

Penyelesaian Masalah Asas Pertama; Apa Dan Berapa Banyak Barang Akan Dikeluarkan Oleh Ekonomi.

 

Keseimbangan pasaran di perolehi dengan mengabungkan kedua-dua keluk permintaan dan penawaran.

 

 

Rajah di atas sebenarnya menjawab persoalan masalah pertama:

APA DAN BERAPA BANYAK BARANG ITU DIKELUARKAN.

 

Ini bererti bahawa teori permintaan dan penawaran akan menjawab persoalan di atas.

 

Sesuatu barang itu akan dikeluarkan oleh ekonomi dengan syarat:

-         permintaan ke atas barang tersebut mestilah wujud.

-         wujudnya pengusaha yang sanggup mengeluarkan barang tersebut.

 

Berapa banyak barang itu dikeluarkan akan di tentukan oleh persilangan di antara kedua-dua keluk tersebut.

 

Kita cuba tunjukkan bahawa sesuatu barang itu walaupun wujud permintaan dan penawaran, barang itu tidak akan wujud jika kedua-dua keluk tersebut tidak bersilang.

 

Perbincangan seterusnya: Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran