LATAR BELAKANG PENGASAS KBE

Dr. Hamzaid Bin Yahya adalah salah seorang pakar ekonomi yang terlibat secara langsung dalam bidang perancangan ekonomi negara dan pendidikan. Beliau dilahirkan di Batu Pahat Johor dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Menduduki peperiksaan SPM pada umur 15 tahun, STPM pada umur 17 tahun dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada umur beliau 18 tahun.

 

Mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian pada usia 21 tahun. Memperolehi Ijazah Sarjana Ekonomi dari University of East Anglia , England dan PhD dari Washington State University, USA . Beliau merupakan pelajar pertama yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD di Washington State University dalam bidang ekonomi dalam tempoh 3 tahun 4 bulan berbanding dengan 7 tahun bagi pelajar-pelajar lain.

 

Beliau telah bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia selama 22 tahun dan Departament of Economics, Washington State University, USA selama 2 tahun. Beliau juga adalah pengasas Kolej Yayasan Melaka dan pada masa ini adalah merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Alpha. Beliau adalah merupakan pengasas badan jariah Dana Pendidikan Dr. Hamzaid. Selain itu juga beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam peperiksaan STPM, khususnya dalam mata pelajaran ekonomi dan pernah menjadi ahli Majlis Peperiksaan Malaysia .

 

Beliau telah menulis sebanyak 11 buku teks ekonomi yang diantaranya telah digunakan sebagai teks utama bagi mata pelajaran ekonomi STPM semenjak tahun 1978.

 

Diantara buku-buku beliau ialah:

  1. EKONOMI MIKRO, Penerbit: Pustaka Johami 1978
  2. EKONOMI MAKRO, Penerbit: Pustaka Johami, 1979
  3. EKONOMI STATISTIK, ditulis bersama dengan Pa Ismail, Penerbit: B & H Enterprise Sdn. Bhd. 1985
  4. TEORI EKONOMI PERDAGANGAN ANTARABANGSA. (ditulis bersama dengan Mansor Jusoh), Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990
  5. PERMINTAAN WANG (ditulis bersama dengan Zulkifly Osman), Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990
  6. EKONOMI KEWANGAN ANTARABANGSA (ditulis bersama dengan Mansor Jusoh), Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990
  7. EKONOMI (BAHAGIAN MIKROEKONOMI), Penerbit: KYS Enterprise 1990
  8. EKONOMI (BAHAGIAN MAKROEKONOMI), Penerbit: KYS Entrprise 1991
  9. EKONOMI (BAHAGIAN EKONOMI MALAYSIA ), Penerbit: KYS Enterprise 1992
  10. EKONOMI (BAHAGIAN MIKROEKONOMI) EDISI KE-2, Penerbit: Rakan Bimbingan Besteri. 2006
  11. EKONOMI (BAHAGIAN MAKROEKONOMI) EDISI KE-2, Penerbit: Rakan Bimbingan Bestari, 2006.