Kenali

Dana Pendidikan Dr. Hamzaid adalah merupakan badan jariah yang cuba membantu pelajar-pelajar, terutamanya pelajar-pelajar tingkatan 6, supaya mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah.

Pihak Dana berpendapat bahawa setiap pelajar mestilah cuba mendapatkan segulung Ijazah dalam bidang yang mereka minati. Ini kerana Ijazah ini merupakan satu-satunya sijil yang diiktiraf oleh seluruh ahli masyarakat bahawa pemegangnya adalah merupakan

Seorang yang berilmu, dan ijazah ini adalah merupakan satu-satunya passport untuk mereka menikmati hidup senang pada zaman dewasa nanti.

Dana ini telah diwujudkan sejak tahun 2009 lagi. Diantara program-proram yang telah dijalankan ialah;

Bantuan Buku Teks

Bantuan buku teks Ekonomi bagi semua pelajar Tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran ekonomi diperingkat STPM.
Dana telah menyumbang selama beberapa tahun, lebih daripada 10,000 naskah buku-buku berikut;

  • Ekonomi (Bahagian MikroEkonomi) oleh Dr. Hamzaid Yahya
  • Ekonomi (Bahagian MakroEkonomi) oleh Dr. Hamzaid Yahya
Program Intensif Bahasa Inggeris (IBI)

Program Intensif Bahasa Inggeris selama 2 bulan di Kolej Teknologi Alpha. Pada setiap tahun lebih 500 orang pelajar telah mengikuti program ini. Pihak Dana menanggung sepenuhnya, ini termasuklah bayaran yuran pengajian, yuran asrama, tiket penerbangan ke LCCT, Kuala Lumpur bagi pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak dan wang sara diri sebanyak RM200.00 sebulan.

Biasiswa yuran pendaftaran dan wang sara diri bagi pelajar-pelajar yang mengikuti program Ijazah. Biasiswa ini meliputi yuran pendaftaran dan wang sara diri sebanyak RM250.00 sebulan sehingga pelajar tersebut mendapat pinjaman PTPTN. Setiap tahun Dana membiayai lebih daripada 500 orang di bawah program ini.

Program-program di atas telah melibatkan perbelanjaan sebanyak lebih daripada RM2.0 juta setahun.

Jika anda berminat mendapatkan biasiswa dan bantuan ini, sila isi dan kembalikan kepada pihak Dana. Pihak Dana memohon supaya borang ini dikembalikan mengikut kumpulan melalui pihak sekolah.

Kemiskinan tidak boleh digunakan sebagai halangan untuk memperolehi ijazah. Dana pendidikan Dr. Hamzaid sedia membantu.